kalau ke terengganu pastinya ramai yang mencari sutera terengganu kan. haa..lebih-lebih lagi kalau ke pasar payang, selain membeli keropok lekor sudah pastinya anda akan mengunjungi bahagian atas pasar payang tu kan. bahagian jualan batik dan sutera.
saya memang berasal daripada terengganu dan pastinya saya juga peminat sutera. yelah mana taknya kan, orang terengganu memang wajib ada sutera kan. lebih-lebih lagi time hari raya. memang menjadi kebiasaan kami untuk memakai sutera di pagi raya.
tapi sutera ni banyak jenis dan pelbagai jenis kain serta design. jika dulu orang pakai sutera satin yang agak susah untuk digosok serta kaedah pengjagaannya yg agak rumit. tapi sekarang ni sutera dah dibuat pada kain jenis crepe yang dikenali dengan sutera batik digital. batik digital ini dibuat dengan cetakan iaitu dengan menggunakan sistem yang
berteknologi tinggi daripada Itali. Ia juga lebih mudah dan menjimatkan
masa memproses akan tetapi masih mengekalkan konsep batik itu sendiri. penjaggan sutera ini juga mudah serta sangat sedap dipakai dan mudah untuk digosok dan tak mudah berkedut.
sutera desa murni ini memang sangat murah dan berkualiti. harganya berpatutan dan designnya sgt cantik serta banyak pilihan. saya start menggunakan kain sutera desa murni ini sejak 2008 lagi. memang berbaloi kerana suteranya yg sangat sedap dipakai serta banyak pilihan yg menarik. bagi saya desa murni adalah pilihan yg terbaik. kalau berkunjung ke terengganu anda bolehla mencari sepasang sutera digital desa murni ini yep.
| SUTERA EKSKLUSIF |
Sutera Eksklusif terdiri daripada pelbagai pilihan corak dan warna latar belakangnya yang eksklusif serta menarik. Digabungkan dengan penggunaan pelbagai motif floral yang bersesuaian dengan kepelbagaian citarasa penggemar batik masa kini | ||
|
1 MALAYSIA |
1 Malaysia diilhamkan dengan coraknya yang eksklusif dan tersendiri. Corak latar belakangnya diberikan kesan khas dan sentuhan ini memberikan kelainanan pada setiap keluarannya |
||
|
IMAN EKSKLUSIF |
Iman Eksklusif diilhamkan untuk mereka yang punya citarasa yang lebih berani. Ia direka dengan pelbagai pilihan warna dan motif bunga yang lebih besar. Penekanan terhadap penggunaan motif bunga-bungaan yang lebih besar ini menyerlahkan lagi butirannya serta mencerminkan kelainan pada jenama ini |
||
|
D' LUKIS |
D' Lukis terhasil daripada gabungan digital dan lukisan tangan. Gabungan ini menghasilkan reka bentuk yang mempunyai keistimewaan tersendiri sesuai dengan jenamanya. Diilhamkan dengan teknik lukis tangan yang moden maka terhasillah batik yang lebih halus perinciannya seperti batik warisan tradisional |
||
|
DAMIA BATIK EKSKLUSIF |
Damia Batik Eksklusif diadun dengan mengekalkan unsur-unsur batik. Diterapkan dengan penggunaan motif bunga-bungaan segar dan digabungkan dengan teknik lukisan tangan yang moden |
||
|
DURRA BATIK EKSKLUSIF |
Durra Batik Eksklusif diinspirasikan dengan diberi sentuhan lukisan tangan sepenuhnya pada setiap motif yang digunakan. Setiap motif yang digunakan juga akan diperincikan dengan teknik tersebut bagi mengekalkan konsep batik itu sendiri |
||
|
MYSARAH ITALIAN DESIGN |
Diinspirasikan oleh pereka dari Milan, Italy dan diberi sentuhan oleh pereka kami, Maysarah Italian Design menjanjikan kelainan. Italian style ini dihalusi dan diperinci dengan teknik tersendiri menghasilkan sentuhan yang eksklusif dan sesuai untuk mereka yang bercitarasa tinggi |
||
|
DURANTE ITALIAN DESIGN |
Durante Italian Design ini bercirikan Italian Style dengan kepelbagaian corak abstrak yang diterapkan dan penggunaan unsur-unsur tersendiri sesuai untuk mereka yang mementingkan gaya yang lebih moden |
||
|
YASMINE ITALIAN DESIGN |
Penekanan terhadap kepelbagaian warna dan reka bentuknya yang unik menjadi kan Yasmine Italian Design sesuai untuk semua peringkat umur . Italian style ini juga menawarkan pelbagai pilihan warna dan corak yang ceria dan menarik |
No comments:
Post a Comment