PETUA MUDAH HAMIL
hai semua...haa harini mimi nak share somthing yg sgt bbeza..yela b4 ni mimi x penah lagi bercerita tentang ni kan..hehe..
haa walapon mimi belom kawin, tapi mimi nak juga share pasal ni..yela, ramai cust mimi yg bermasalah untuk hamil..jadi disini mimi kongsikan petua mudah hamil ni kat anda semua..
walapon mimi x kawin lagi, tapi tak salah kan kalo kite berkongsi..hehehe
4 Petua Mudah Hamil Untuk Wanita
|
Jika anda sendiri mengalami masalah ini, anda perlulah terus berusaha
dan berdoa kepada Allah SWT tanpa putus. Mungkin juga tips dan
petua-petua yang bakal saya kongsikan ini anda boleh cuba amalkannya.
InsyaAllah saya yakin suatu hari nanti anda pasti mampu menimang cahaya
mata anda juga akhirnya:
PETUA 1: JANGAN sesekali dan elakkan merokok. Mungkin memang amat jarang kita lihat wanita merokok.
Akan tetapi bagi kaum suami ianya adalah suatu kebiasaan. Menurut
kajian sains, saintis telah mendapati kandungan rokok serta asap rokok
boleh membunuh sel-sel sprema. Mungkin jika suami anda adalah seorang
perokok tegar, inilah puncanya anda sukar hamil sebagai isteri.
Hentikan tabiat merokok serta bagi si isteri, jauhkan diri sama-sekali daripada asap rokok.
PETUA 2: Kurangkan sterss dan tekanan perasaan.
Semua sedia maklum zaman sekarang ini kita hidup dalam zaman penuh
dengan cabaran. Lebih-lebih lagi bagi wanita yang berkerjaya. Wanita
yang mudah terdedah kepada tekanan setiap hari mampu menurunkan lagi
kebarangkalian untuk hamil. Oleh itu, cuba tenangkan diri dalam sebarang
keadaan dan banyakkan berzikir serta mengingati Tuhan.
PETUA 3: Tingkatkan berat badan anda dengan makan lebih sedikit. Ya, memang betul apa yang saya katakan ini. Tapi janganlah sampai anda overweight pula ya. Hal ini kerana, bagi wanita yang terlampu kurus atau kurang berat badan, mereka akan mengalami gangguan kitaran haid yang normal.
Kesan langsungnya juga ialah hormon
tidak cukup dirembeskan dan tubuh badan anda tidak ‘bersedia’ untuk
berbadan dua. Oleh itu, tidak mengapa jika berat badan anda melebihi
beberapa kilo sedikit daripada normal.
PETUA 4: Ketahui dengan jelas kitaran haid anda.
Anda perlulah faham dan tahu bilakah hari-hari subur anda. Dengan itu
anda boleh tingkatkan kebarangkalian untuk hamil dengan meningkatkan
kekerapan hubungan seks bersama suami ketika hari subur anda.
Apa yang boleh anda lakukan ialah dengan
menyediakan satu carta khas bagi mencatit hari dalam kitaran haid anda
beberapa bulan. Dari situ, anda boleh meramal dan menjangka bilakan
hari-hari subur anda untuk bulan-bulan seterusnya.
Semoga anda berjaya dalam usaha anda
untuk hamil melalui petua-petua yang telah saya kongsikan ini. Jika anda
rasakan artikel ini bermanfaat dan berguna, kongsikan bersama
rakan-rakan anda di Facebook.