Tuesday, 3 July 2012

chatime best & halal


semalam pergi paradigm mall kat kelana jaya tu, mase naik tingkat atas sekali tu kan tengok ramai benor orang duk beratur nak beli buble tea ni..

kazen aku ni memang dah lama terjatuh hati dah layanChatime ni. Korang tahu kan Chatime ni apa? Ala.. minuman bubble tea tu.. ala-ala macam Cool Blog bagai tu lah. Kalau dulu kat Solaris Dutamas jek yang aku boleh jumpa Chatime ni. Tapi kini.. mana aku pergi je aku dah nampak Chatime ni.. kat Mid Valley? One Utama? Jusco Bukit Tinggi? n terbaru paradigm mall Semuanya dah ada dah Chatime! Bagai cendawan tumbuh lepas hujan..


Tapi.. yang aku pelik kan semua yang beratur nak beli Chatimeni chinese.. ramai giler pulak tu sebab Chatime kat situ baru je bukak. So.. aku macam was-was lah nak beratur kan walaupun aku tahu yg kazen aku dah bagitahu kitorang yang Chatime ni HALAL. Tapi bila aku fikir balik.. mana taknya.. mesti yang muslim ingat Chatime ni tak halal kan? Sebab kat kedai tu takde pulak ditampal Logo Halal JAKIM. Pulak tu kalau dah Chatime tu begini rupanya..

chatime malaysia
cam gini gayanye rase berani ke nak beli n minum?


So.. aku pun tanyalah Pakcik Google. Rupanya ramai jugak yang was-was pasal Chatime ni. Ramai yang suka giler minum Chatime ni sebab sedap! (termasuklah aku.. hehe..) tapi ramai jugak yang was-was tentangChatime ni HALAL ke? Then.. belek punya belek punya belek.. terjumpalah aku sorang Mamat Teh Tarik ni bagi keterangan lanjut mengenai Chatime ni.

So.. kalau nak tahu boleh terjah SINI  yek!


saya dah try chatime..anda bile lagi?


Monday, 2 July 2012

maharku untukmu sinopsis



Sinopsis Drama Maharku Untukmu

Maharku Untukmu menceritaka pengorbanan seorang lelaki yang menjadi pak sanggup kepada wanita yang dicintainya.

Ceritanya, Tengku Aishah (Nabila Huda) diibaratkan dilahirkan dalam talam emas. Dia mempunyai segala-galanya dan membesar dikelilingi oleh golongan elit yang mementingkan status dan kasta. Ayah dan bondanya amat mementingkan status dan darjat. Aishah membesar sebagai gadis yang manja dan angkuh.

Dia mewarisi sikap hidung tinggi ibunya, Tengku Marina (Norish Karman). Aishah tidak pernah terfikir yang dia akan berhadapan dengan kemelut kehidupan kerana selama ini dia merasakan perjalanan hidupnya lancar dan hanya perlu 'petik jari' semua tersedia di depan mata. Kurangnya pendidikan agama dan jalan hidup yang kebaratan mengheret Aishah jauh ke lembah maksiat.

Sementara itu Putera (Adi Putra) adalah pemuda yang lurus dan bukanlah anak jutawan. Walaupun tidak berpelajaran, tetapi dia tidak pernah berputus asa mencari rezeki yang halal. Dia berpegang kepada pesanan arwah ibunya bahawa maruah diri tiada nilainya dan sentiasa patuh kepada ajaran Islam. Kenaifan Putera disedari oleh Tengku Hamid (Rahim Jailani), iaitu ayah Aishah. Terlintas di fikirannya, pada zaman sekarang sukar mencari orang yang lurus seperti Putera. Sehubungan itu, Tengku Hamid mengambil Putera menjadi pemandunya.

Putera terkedu apabila kali pertama bertemu Aishah yang sombong, malah sebelah mata pun dia tidak memandang ke arahnya. Aishah bertunang dengan Tengku Ariff seperti yang dimahukan Marina.

Baginya Tengku Ariff (Iqram Dinzly) adalah calon terbaik meskipun lelaki itu gagal dalam perkahwinan sebanyak dua kali. Gaya hidup bebas membuatkan Aishah merelakan saja dirinya ditiduri Ariff. Malang tidak berbau apabila Ariff terbabit dalam kemalangan dan meninggal dunia. Kesedihan Aisyah bertambah parah apabila dia mendapati Ariff meninggalkan benih di dalam rahimnya.


 


Marina panik apabila mendapati anaknya mengandung. Dia menyuruh anaknya itu menggugurkan kandungan, namun Hamid membantah keras keputusan itu. Baginya dosa yang sedia ada amat besar, jangan ditambah dengan dosa yang lebih besar lagi.


Hamid mahu Aisyah berkahwin. Dia harus mencari seseorang yang mahu menjadi pak sanggup. Hamid teringatkan Putera dan dia menyedari pemandunya itu ada menaruh perasaan terhadap Aisyah. Hamid meminta Putera menikahi anaknya. Marina pengsan dengan keputusan itu manakala Aishah pasrah dalam tangisan.

Putera termangu, namun dia sememangnya mencintai Aishah. Dia tahu Aishah tidak pandang dirinya. Tetapi itu semua tidak penting. Putera tekad akan membahagiakan Aishah. Putera sedar apa yang sedang berlaku. Tetapi dia tetap melakukan apa yang sepatutnya untuk memperisterikan Aishah. Dia masih ada maruah diri. Untuk itu dia menyediakan sendiri mahar untuk Aishah.

Tersenyum sinis Marina melihat cincin belah rotan dan al-Quran sebagai hantaran. Bermulalah kehidupan baru Putera sebagai menantu Hamid dan Marina. Mujur juga namanya Putera, kata Marina. Bolehlah mereka menipu mengenai latar sebenar menantu mereka. Aishah pula sangat bencikan Putera. Hatinya tidak boleh menerima kenyataan yang dia bersuamikan pemandunya sendiri. Akan tetapi Putera tak kisah, walaupun dimaki dan dihina, Aishah tetap isterinya. Aishah dicintai dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki.

Drama Maharku Untukmu ini dibintangi oleh Adi Putra dan Nabila Huda sebagai teraju utama.